Published with Blogger-droid v1.7.4
Thursday, 22 September 2011
Galway
Alhamdulillah. Lebih dari seminggu sudah berada di bumi Galway. Internet yang tidak mengizinkan di apartmen ditambah pula kekangan masa kerana sibuk dengan kelas tidak memberi kesempatan kepada.saya untuk berblog. Bandar Galway kini memasuki musim luruh. Agak sejuk dengan suhu sekitar sebelas ke lima belas darjah. ditambah pula dengan angin yang kadang kala kencang.memang menguji rakyat malaysia sejati seperti saya. Galway sebuah bandar yang sangat cantik meskipun sekarang sudah mula bewarna coklat dan merah. mempunyai kedai yang mencukupi namun tidaklah sehebat kota dublin. makanan halal juga mudah didapati termasuk di universiti. solat? alhamdulillah sangat bersyukur di universiti disediakan surau yang selesa untuk kami. jadi "atmosphere" malaysia masih terasa di sini. senior juga semua sangat membantu. warga galway juga sangat peramah. jadi setakat hari ini saya belum homesick sebab saya boleh telefon ayah dan ibu juga whatsapp dengan abang dan angah. makanan? masak di rumah dan jarang makan di luar. baru sekali makan di luar untuk jimat kos. oklah, ni update pakai hp..huhu..dah ada internet nanti akan update dengan lebih panjang berjela beserta gambar. doakan saya!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment