Wednesday, 22 June 2011

Ganjaran

Okey, ni ada satu cerita nak kongsi bersama. Dengar dekat IKIM.fm tadi.

Ceritanya macam ni;

Ada seorang tukang kayu yang sangat mahir dalam pertukangan dan ukiran.
Dia telah bekerja selama 20 tahun dan mengambil keputusan untuk berhenti bekerja dan dia telah menyuarakan hasratnya kepada majikannya. Dan majikannya telah pun bersetuju. Hari-hari yang terakhir tukang kayu itu menghabiskan masanya dengan membayangkan dirinya pergi bercuti di tepi pantai yang sangat indah. 
Sedang dia asyik berangan, majikannya berjumpa dengannya dan berkata;

"Sebelum kau pergi, aku sangat ingin meminta pertolonganmu untuk membina sebuah lagi rumah"

Tukang kayu itu merasa berbelah bahagi memandangkan dia banyak terhutang budi dengan majikannya dan majikannya juga merupakan kawannya sendiri. Namun dia juga tidak sabar untuk pergi bercuti.Akhirnya tukang kayu itu bersetuju juga untuk membina rumah tersebut. Tetapi dilakukannya secara sambil lewa memandangkan dia memikirkan projek tersebut adalah bukan untuk kepentingan dirinya sendiri.
Setelah siap dibina, tukang kayu itu dengan segera menemui majikannya untuk menyerahkan kunci rumah tersebut.

Lalu majikannya berkata;
"Engkau simpan sahajalah kunci rumah ini kerana ini merupakan hadiah aku kepada engkau. Sebagai menghargai kerjamu yang bagus sepanjang 20 tahun engkau bekerja denganku."

Alangkah terkejutnya tukang kayu tersebut dan dia merasa sangat malu kerana reputasinya yang sangat baik selama 20 tahun diakhiri dengan kerja yang sambil lewa. Sekiranya dia mengetahui terlebih dahulu, pasti dia akan membina rumah itu dengan ukiran yang terbaik. Namun penyeselan tiada berguna, dan tinggallah tukang kayu itu di dalam rumah yang banyak kekurangannya itu atas sikapnya yang mementingkan diri.


Pengajarannya di sini:

Kita sebagai hamba Allah, walau apa jua pekerjaan yang kita lakukan sebenarnya adalah untuk diri kita sendiri. Janglah melakukan sesuatu benda dengan rasa terpaksa kerana diri sendiri yang akan terseksa. Analoginya mudah di sini untuk kita kaitkan dengan ibadah kita kepada Allah. Secara logiknya, adakah kuasa Allah akan berkurang kalau kita tak beribadah kepadaNya? Tidak sama sekali kan? Jadi kenapa Allah sangat -sangat tekankan suruh kita solat semua? Sebab untuk kebaikan kita sendiri. Semua orang nak masuk syurga bukan? Biar lekeh mana pun orang tuh, biar jahat macam mana pun mesti ada sekelumit rasa ingin ke syurga itu bukan. Jadi, sebab itu kita kena beribadah sungguh-sungguh supaya kita semua dapat menikmati nikmat syurga diakhirnya dan yang paling penting dapat bertemu dengan Allah dalam keadaan yang terbaik. Kalau kita tak ikhlas, nanti sia-sia je kan. Nanti "rumah" kita kat akhirat nanti tak tahulah cantik ke tak kan. Ikhlas memang payah, tapi selagi kita mencari alasan dan tidak memberi ruang kepada diri untuk berusaha beribadah dengan sebaik mungkin sampai bila kita tidak akan jumpa ikhlas itu. Ayuh, sama-sama kita betulkan diri kita dan berusaha menjadi abid yang sebenarnya!

maaf saya bukan ahli agama yang sangat arif tentang sesuatu perkara. Apa yang saya faham adalah sangatlah basic dan ini adalah interpretasi saya. Maaf atas segala kekhilafan dari diri yang tidak sempurna ini. Insya allah akan menambahkan lebih banyak ilmu agar ulasan lebih bernas. =)

0 comments: