Khamis, 2009 Julai 09

Yeye,balik!!

Ahaha..saja nak menggedik kat sini.. Saya balik Kuantan hari ni selepas 2minggu lebih sikit di KMB tercinta. Balik naik flight sebab KLIA hanya 15minit dari KMB nak banding dengan Pekeliling yang mungkin paling cepat mengambil masa sejam jika menaiki kereta dengan kelajuan 100km/j. Balik Kuantan beg penuh dengan homework. Presentation punya kerja,folio agama yadayada.. Pergi kelas macam sekolah,bawa beg lagi besar dan lagi berat dari beg masa zaman kat SMART dulu.. Mana taknya,buku Bisnes je dah tebal macam Kamus Dewan,belum kira buku Biologi, Statistics dan yang sewaktu dengannya.Minggu depan tak balik sebab kena pergi KMS. Tak apalah,kurang-kurang tak payah berhujung minggu di KMB. Mula-mula bolehlah cakap camni sebab homework pun tak banyak,sempatlah juga nak baca dulu sebelum kelas bermula. Kiranya hujung minggu tanpa homework atau revision agak membosankan di KMB sebab internetnya yang sangatlah "laju".Agaknya kalau nak online kena outing pergi KLIA. Haha,merepek je. Hafizah dah masuk CUCMS,Fifa tak masuk2 lagi..Bosan tul tunggu Fifa,bila entah nak masuk MFI nye. Tunggu Fifa habis orientasi dulu,baru kitorang plan nak hang out kat Alamanda..Kita pergi tengok Harry Porter nanti yek.. Hehe,semangat gila.. Yelah,bila lagi kan nak keluar secara berjemaah..Ahla pun kalau rasa-rasa boleh sampai ke Alamanda jomlah ikut. Saya ni kalau nak ke KL,ada yang kena grounded nanti sebab tak sempat balik sebelum pukul 7.00malam ( sini macam sekolah okey ). Al-maklumlah,nak tunggu bas pun dah satu hal,kira nasib baik kalau dapat bas. Tapi kurang-kurang kena tunggu sejamlah baru dapat bas. Itupun yang macam senang nak pergi ialah Banting dan Alamanda. Dengar cerita Banting agak standard sebab ada The Store,TESCO etc.. Kira okeylah tuh kan,ada tempat boling jugak katanya. Tengoklah akan ku jejakkan kaki ke Banting nanti. Oh,ya! Ni gambar-gambar merepek,tak banyak pun..Tak sempat nak mengambil gambar sangat.


ini dish pertama saya di food court KMB. Air tembikai tuh bukan saya punya ye..=)


ini ID sementara je..poyo je..=p


ini Zahidah dan Dinie. Zah budak kuantan aka KP Afzan,Dinie budak maahad Kajang..


bilik saya yang comel masa minggu pertama. sekarang dah penuh dengan buku dan agak kelam kabut..haha


ini Nana.Dia budak Kajang,sangat cool dan baik

Tuh jelah dulu..Banyak lagi,tapi ni ada assignment nak kena buat,sementara tunggu flight baiklah kita manfaatkan masa dengan berkesan ka..Tata~

Sabtu, 2009 Julai 04

Akhirnya!!

Akhirnya,dapat jugalah nak online!! Hehe..okey ni kat rumah mak saudara di Bukit Antarabangsa.. Walaupun bukan rumah sendiri,tapi okeylah dapat escape dari KMB for a while.. Hahaha,camla KMB tuh tak best.. Best je,tapi roomate balik saya pun baliklah.. Dah bahagi kelas dah, saya masuk kelas MO9P.. kelas bisnes semua belakang-belakang, classmate semua okeylah.. Sporting terutama yang bebudak lelaki walaupun ada 8 orang je..Dalam kelas duduk sebelah RV ( korang takkan nak tahu nama dia yang panjang berjela..hehe ) Kerja kitorang buli Arif dengan Adri hari-hari. Saya jadi AJK Keceriaan yang sangatlah bertauliah.. Kelas kat sini statik macam kat sekolah,maknanya kami ada meja masing-masing.. Tak adalah sistem perlu tukar-tukar lecture room tiap kali tukar subjek.. Lecturer kat sini di panggil cikgu,jadi korang boleh bayangkanlah ye betapa "sekolah"nya di sini. Kat sini baru buka FoodCourt.. Makanan dia murah dan sedap.. Ingat duduk KMB akan jadi gemuk sebab asyik makanje (kot) tapi timbang semalam dah turun 3kg..Wahh,cam unbelievable je.. Huhu.. Benda yang paling suka kat sini mestilah COOLSEM (kuliah 10minit ),usrah umum dan ceramah mingguan. Serius cakap,tak bosan! Pertama kali rasa teruja nak dengar pengisian-pengisian agama yang biasanya diberi oleh senior..Emm,lagi 2minggu saya akan wakil KMB ke Kolej MARA Seremban untuk English Festival.. Oh,ya! Harituh Cikgu Zamri telefon cakap saya dapat cek rm400 dari GPMS.. Terima kasih ye GPMS bagi duit,boleh buat beli buku IB yang mahal-mahal macam apa. Tadi pun dah melayang RM300 untuk dua buah buku.. Mahal kan? Paling mahal nak banding dengan buku A level semua.. Kalkulator pun harga rm4oo++,benda paling mahal saya pernah beli..Tapi sangat advancelah,semua benda ada tapi merangkak jugalah nak tekan-tekan. Okeylah,gambar akan diupload nanti.. Penat sangat dah ni.. Tata


p/s: Fizah, Fifa!! Rindu korang sangat!! Nanti kita pergi hang out Alamanda! =D

Ahad, 2009 Jun 28

Minggu Pertama

Ahaha..Khadijah tidak menangis di KMB lagi,tak homesick okey.. Kawan2 kat sini semua best sangat2! Orientasi agak hectic tapi mmg mengajar pentingnya time management sebagai IB student..Senior pun best,friendly..Makanan kt DS okeylah,bolehlah tahan.. Koop kat sini besar macam mini market,harga pun murah jadi beli barang kat koop jelah kan.. Hari ni tak outing,malas duduk lepak kat bilik tercinta,D122 dengan room mate,Farah dari Johor.. Laptop kami sama,sangat kelakar sebab ramai lagi orang kitorang pulak yang laptop sama.. Tapi pengisian agama kat sini best,banyak sangat.. Solat berjemaah,kuliah dan ceramah,qiamullail.. Oh,saya buat solat sunat tasbih kelmarin!! Teruja sekejap.. Hehe.. Esok pembahagian kelas,saya ambil Perubatan-Bisnes jadi tak tahulah lagi camne.. Kelas medic ada 12 kelas batch kali ini,kena jadi top 80 baru boleh pergi UK. Chaiyok! Haha,doakan kejayaan saya.. Okeylah,nak pergi jogging dengan Elaine,nanti kita update lagi..Yang dah pergi UiTM,dan yang akan pergi CUCMS,KMS dan MFI good luck,okey!!


p/s: Banting sangatlah panas,sudah agak hitam..huhu

Selasa, 2009 Jun 23

Hello KMB!

Okey,ini post terakhir bagi bulan ini.. Hari ini hari jadi saya,sama dengan hari pendaftaran KMB. Terima kasih kepada semua yang wish dari pukul 11.59pm semalam sampailah saat ini. Terima kasih kawan-kawan sebab ingat. Saya dah 18! Jadi,dah boleh buat kad bank..Haha.. Azan SUbuh baruje berkumandang,sekejap lagi kami akan bertolak ke Banting sebab pendaftaran bermula pukul 8.00pagi.. Berdebarlah.. Dahlah mengantuk ni,tidur lambat semalam.. Okeylah,ada barang yang belum dikemas lagi sikit..Hehe..Jumpa lagi.. Kolej MARA Banting,here i come! =)

Ahad, 2009 Jun 21

Fenin Fepala laa

Adeyh,pagi tadi naik bas Bulan Restu pukul 8pagi.. Terjumpa Sakinah Tahir,rakan sekelas sampai darjah dua,dia naik bas sekali.. Dalam bas adalah beberapa warga asing yang bewarna kuning langsat dan ada yang tidak berapa cerah.. Bising macam apa tapi paling tak tahan..KENTUT.. Adoyai.. Dahlah tiga kali pula tuh ( okey,saya kira..merepek okey..=p ) pulak tuh kena pula air cond bas macam tak berapa elok.. Allah sahajalah yang tahu macam mana.. Sampai Pekeliling abang jemput,balik rumah sebab nak letak laptop saya ni. Pukul 1230 keluar balik pergi Times Square jumpa Ezzati dan Naeilah ( rindu gila kat korang! ). Ingat nak jalan-jalan cari barang saya nak pergi KMB ( mmg last minute gila sebab xde mood nak kemas ) tapi Zati telah memutuskan untuk ke COSMOWORLD! harhar.. Masukje bayar rm37,fuh melayang gituh je duit den. Masukje terus diorang nak main yang SPACE ATTACK yang tergolong dalam thrill ride (dah turun baru perasan..huhu).. Ya Allah,memang rasa nak tercabut jantung ni kepala pun rasa nak terjatuh je bila berada dalam keadaan terbalik (okey,memang melampau deskripsi ). Tapi saya tahap nak menangis lah,jerit sampai tak ada suara.. Mata memang tak bukak langsung pastuh dalam fikiran rasa benda safety belt tuh macam bila-bila masa boleh tercabut dan saya akan tercampak ke bawah dan mungkin mati tidak dalam iman.. Nasib Naeilah tak dengar saya mengucap banyak kali kat atas tuh,hehe.. Pas main tuh pergi main roller coaster pulak,yang tuh tak menjerit senyapje sebab dah tak ada tenaga..Istighfar banyak-banyak je dalam hati. Tapi yang tuh tak takut pun banding dgn Space Attack. Pastuh dah pening-pening,turun main langgar2 kereta lak.. Yelah,atas jalan raya mana boleh sesuka hati langgar orang kan ni jelah masanya. Kitorang main semua benda kecuali saya tak main yang cam tiang tinggi pastuh pusing-pusing naik atas.. AAAAA,tengok dari bawah pun dah pening kepala.. Naik yang family ride pun menjerit dan tak buka-buka mata sampailah berhenti.. Kesimpulannya,saya memang tak boleh dalam keadaan terbalik dan badan dihayun-hayun tinggi-tinggi sebab masa kecik dulu saya tak suka main buaian dan tak tidur dalam buaian.. Eh,ada kaitan ke? Entahlah,merepek je lebih.. Hehe.. Tapi telah saya bertekad,tak mahu masuk dan main dah kat situ!! Janganlah sesiapa ajak pergi situ,bagi sejuta pun tak nak main kat situ.. Buat apalah nak takutkan diri sendiri.. Pelik manusia ni cipta benda untuk takutkan diri sendiri.. Huhu.. Okeylah,esok hari terakhir untuk menikmati hidup sebagai penganggur yang berjaya selama lebih kurang 7 bulan.. Lama betul kan? Tahu tak pe,tapi mood belajar masih ada.. Esok nak kena beli barang lagi,banyak lagi yang tak ada..HuHU.. Keh,selamat malam..=)


p/s: tak ada gambar sebab terlalu tak larat nak snap picture,makan pun tak selera..=(

aa,lagi satu.. Wendy's tak sedap,tak payahlah makan kat situ buat bazir duit korang je baik makan Marrybrown..Jaaaaauuuuhhhh lagi sedap!

Jumaat, 2009 Jun 19

Waa,sedihnya!



Kawan,

Dulu kita hanya berpandangan,
Hanya berbalas senyuman,
Tidak berbalas ukhwah,
Kerana terhalang oleh satu tembok,
Malu.

Kawan,
Dulu kita saling berkenalan,
Bertukar-tukar nombor,
Bertukar-tukar pandangan,
Tapi hanya sekadar kemestian,
Kerana mahu mengikut rentak alam.

Kawan,
Dulu kita cuba memahami,
Cuba mengerti sesama sendiri,
Melalui segalanya bersama,
Tawa,duka,gembira bersama,
Tapi kali ini,
Kerana kita kawan baik.

Kawan,
Dulu kita merewang-rewang,
Kita masak-masak,
Kita gelak-gelak,
Kita borak-borak sehingga terbongkang,
Kerana kita kawan rapat.

Kawan,
Tadi kita berjumpa,
Bercerita tentang si duda anak satu,
Bercerita tentang Mesir,
Bercerita tentang secret admire yang dah putus asa,
Kita gelak sampai dunia kita lupa,
Kerana kita best friend.

Kawan,
Tadi kamu hantar aku pulang,
Sehingga ke pintu mobil,
Yang selalu kita naik bersama,
Baiknya kamu,
Terima kasih kawan,
Tadi aku menangis,
Dalam mobil itu,
Mobil yang selalu kita naik,
Mobil yang selalu langgar tiang pagar,
Kerana kita kawan baik.

Kawan,
Esok aku tiada di sini,
Kita semua tiada di sini,
Teruskan hidup,
Membuka lembaran yang baru,
Cerita yang baru,
Kawan yang baru,
Tapi aku harap,
Sentiasa berharap,
Kita tetap kawan baik,
Sampai bila-bila,
Biar kamu di Indonesia,
Biar kamu di Perancis,
Biar aku entahlah di mana-mana,
Kita tetap kawan baik,
Aku cinta kalian sehayatnya,
Terima kasih,kawan.=)

p/s: buat kawan-kawan yang hebat ; hafizah,afifa,fatin,nadira,ezzati,azie,ecah,kinah,ahla,fadhilah terima kasih buat semua kenangan indah. Semoga kita berjumpa lagi dan terus keep in touch!

Selasa, 2009 Jun 16

Waa,lagi 3hari je tinggal.. Huhu,rasa nak nangis pun ada jugak.. Semalam keluar dengan Fifa dan Fizah pergi HTAA,CIMB dengan KP.. Terima kasih korang temankan! Esok nak kena pergi HTAA balik ambil medical report diorang.. INgat nak pergi sekolah pastuh.. Bila lagi ye kita boleh keluar,gelak2 dan chit chat tak ingat orang lain camni lagi? Lepas ni,tempat baru,kawan baru, semua baru.. Huhu..Ish,tak tahu lah kenapa emo sangat..Sobsob..Ahadni nak jumpa Ezzati tercinta di UIA,PJ sebelum berangkat ke KMB hari Selasa depan. Hehe..Kalau terjumpa tuh,tegur2 lah ye..=)